Jumpa Lelaki Baru Dikenali, Wanita Hilang Ditemui Ma*t Dalam Longkang Selepas 10 Hari

Entertainment
16 Dec 2024 • 3:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tragedi boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Baru-baru ini, seorang gadis dilaporkan hilang selama 10 hari sebelum ditemui maut semalam.

Menurut laporan I Love Borneo, wanita yang berusia 26 tahun tersebut kali terakhir dilihat oleh ahli keluarga sejak berjumpa dengan seorang lelaki yang baru dikenali dan juga merupakan lelaki warga tempatan.

image is not available

Berita tentang kehilangan mangsa telah dimuat naik oleh ahli keluarga mangsa di laman Facebook berserta maklumat berhubung lelaki yang dijumpainya, telefon bimbit mangsa juga tidak dapat dihubungi sejak malam kehilangan.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, suspek seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian bunuh Nurul Asikin Lan.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menemui mayat mangsa yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching,” katanya.

Beliau menambah, proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, permohonan reman ke atas suspek telah diperolehi di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini iaitu selama tujuh hari sehingga 22 Disember nanti.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.