Gadis Dikecam Menangis CKT Ada Tauge & Kekasih Tolong Buangkan – “Tak Perlu Lah Sampai Luek Kat Tangan Pakwe”

6 Sep 2025 • 11:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik di Threads mencuri tumpuan warganet apabila seorang gadis dilihat menangis kerana terlupa meminta kedai mengasingkan tauge dari makanannya.

Dalam video berdurasi singkat itu, teman lelakinya tampil membantu dengan membuang semua taugeh yang ada, sambil berulang kali memerhati setiap suapan gadis tersebut bagi memastikan tiada tauge terselit yang tertinggal.

 

View on Threads

 

Detik paling mencuit hati warganet adalah di penghujung video, apabila gadis itu tersilap menggigit satu tauge yang masih terselit, menyebabkan teman lelakinya menadah tangan dengan wajah terkejut sambil gadis itu ‘meluekkan’ makanan itu ke tangannya.

image is not available

image is not available

Namun, video ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ramai yang meluahkan rasa kurang senang terhadap gadis itu kerana dianggap berlebihan dalam tindakannya. Beberapa komen turut menasihati pasangan bercinta agar tidak berkongsi momen sebegini di media sosial kerana dilihat tidak manis untuk tontonan umum.

image is not available

“Agak keterlaluan… benda kecil pun nak menangis,” tulis seorang warganet. “Tak manis kalau kerap kongsi momen peribadi macam ni di sosial media,” komen seorang lagi.

Walaupun begitu, video tersebut tetap menjadi tular kerana aksi teman lelaki yang sabar memerhatikan setiap suapan, menjadikan momen itu menghiburkan dan mencuit hati ramai.

image is not available 2025-02-24 12:05:35

Lelaki Buang Mee Goreng Atas Meja, Tanda Protes Bengang Peniaga Gerai Lupa Pesanan 'No Taugeh'

View Original Article