Gadis Ditikam 61 Kali: Suspek Didakwa Esok, Seorang Lagi Bebas Dengan Jaminan

Local
11 May 2026 • 10:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang remaja lelaki yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang penuntut kolej yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, dijangka didakwa di mahkamah esok.

Suspek didakwa esok

Image from: Gadis Ditikam 61 Kali: Suspek Didakwa Esok, Seorang Lagi Bebas Dengan Jaminan

Memetik laporan Harian Metro, seorang lagi suspek yang turut direman sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi mengesahkan seorang suspek akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada 1 Mei lalu, mayat penuntut kolej berusia 19 tahun ditemukan di Kampung Padang Simah, Ketereh dengan 61 kesan tikaman pada seluruh badan.

Image from: Gadis Ditikam 61 Kali: Suspek Didakwa Esok, Seorang Lagi Bebas Dengan Jaminan

Menurut Mohd Yusoff Mamat, mangsa ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya berjaya dikenal pasti menerusi semakan cap jari yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Artikel lain: Cemburu Punca Gadis Ditikam 61 Kali, Dipercayai Dibunuh Dalam Kereta Suspek

Siasatan awal dipercayai mendapati mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

Berikutan kes itu, polis sebelum ini menahan empat individu termasuk dua warga emas yang merupakan ibu bapa kepada salah seorang suspek. Bagaimanapun, pasangan warga emas terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

The post Gadis Ditikam 61 Kali: Suspek Didakwa Esok, Seorang Lagi Bebas Dengan Jaminan appeared first on Borak Daily.

View Original Article