Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang gadis dikenali sebagai Ira berkongsi pengalamannya semasa memasuki tandas wanita di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.
Dia mendakwa dua orang transgender (mak nyah) telah memasuki tandas tersebut meskipun jelas ia merupakan fasiliti bagi golongan wanita.
Dakwa Dua Individu Bersuara Garau Tidak Seperti Wanita
Namun apa yang membuatkannya lebih berang apabila dua individu tersebut telah memasuki tandas sewaktu dia sedang membuka tudungnya sedikit untuk membersihkan mekap pada wajah.
Ira pada awalnya berkata dia tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut selepas mendengar suara garau dua individu tersebut ketika mereka berdiri di sebelahnya di ruangan singki.
Terkaku & Terus Nangis Aurat Terdedah Kepada Mak Nyah, Trauma Lepas Tahu Dua Individu Dalam Tandas Adalah Lelaki
Jelasnya, situasi tersebut membuatkannya trauma selain mempersoalkan adakah golongan lelaki berpakaian wanita ini dibenarkan untuk memasuki tandas perempuan?
“Masa tu, scarf saya dah separuh ke belakang. Saya masukkan shawl dalam baju macam style mengkarung untuk memudahkan remove makeup. Tiba-tiba ada dua transgender masuk. Memang ada rasa sangsi tapi saya cuba husnuzon mungkin memang perempuan.
“Diorang terus masuk tandas. Selepas diorang keluar tandas tu barulah saya dapat pastikan diorang transgender sebab mereka datang ke singki sebelah saya dan berborak. Saya terkejut dengar suara diorang yang garau ,
“Rasa nak menangis sebab aurat saya terdedah. Lepas mereka pergi, saya terus tergamam, terkaku dan menangis. Lepas tahu diorang sebenarnya lelaki, saya terus dengan perlahan-lahan tarik tudung dan anak tudung supaya tutup rambut and leher,” dakwanya.
View on Threads
Gadis Terkilan Individu Bukan Mahram Lihat Aurat
Dakwa Ira, dia sempat merakam video suara dua individu terbabit, namun tidak memuat naiknya di media sosial kerana mahu menjaga privasi.
Dia dalam masa turut terkilan kerana individu bukan mahram telah melihat aurat yang dijaganya selama ini.
Tolong Hormat Privasi Golongan Wanita – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengkritik transgender yang menyalahgunakan fasiliti awam untuk kepentingan diri sendiri.
“Tak, diorang tak dibenarkan! Tolonglah hormat privasi wanita. Kalau nak sangat (guna tandas), bina la tandas sendiri!” kata seorang wanita.
Malah segelintir individu turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui sebelum ini.
“Weh pernah sekali tu ada transgender juga (masuk tandas) masa tu mmg togel (tak pakai tudung) sebab sakit kepala. Memang jerit sekuat-kuatnya nasib baik ada orang dengar dia (transgender) terus lari,” ujar seorang pengguna Threads.
Kaum Hawa Rasa Tak Selamat Lelaki Transgender Masuk Tandas Wanita
Sementara itu, ada juga individu yang berkata dia pernah bersuara mengenai isu ini selain menegaskan bahawa tindakan transgender yang memasuki tandas wanita membuat kaum Hawa berasa tidak selamat.
“Saya pernah isukan benda ni sebelum ni. Saya percaya diorang masuk toilet perempuan sebab takut dikacau lelaki kalau masuk tandas lelaki. Tapi masalahnya, tak nampak ke diorang dah buat benda sama yang diorang takut tu dekat perempuan!
“Korang punya taste macam perempuan ke apa bukan masalah kitorang, masalahnya kita (wanita) tak rasa selamat pun dengan kewujudan korang dalam tempat khusus untuk kami ni!” kata seorang wanita dengan nada berang.
Risau Lelaki Menyamar Transgender, Nak Intai Wanita Dalam Tandas
Dalam masa sama, ada juga netizen berasa risau sekiranya perbuatan tersebut ditiru oleh lelaki yang cuba menyamar sebagai transgender semata-mata mahu menggunakan tandas wanita atas niat jahat termasuk mengintai dan sebagainya.
“Ini yang kita risaukan bila mana sosok lelaki menyamar jadi transgender untuk cuba-cuba masuk dalam tandas wanita, boleh jadi perkara yang tak sepatutnya. Mohon pihak berwajib ambil berat isu ini,” kata seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Transgender Pertama Didakwa Di Kelantan Kerana Tukar Jantina
