Gadis Sarawak Bertunang Terima 70 Dulang Hantaran Berbalas 23 Raih Perhatian Netizen

6 Jul 2024 • 12:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

70 dulang hantaran, majlis pertunangan viral di Sarawak

Gadis Sarawak Bertunang Terima 70 Dulang Hantaran Berbalas 23 Raih Perhatian Netizen. Dalam budaya Melayu, adat memberi dan menerima dulang hantaran semasa majlis pertunangan atau perkahwinan adalah amalan biasa. Walaupun bukan satu kemestian, amalan ini bertujuan untuk meraikan pasangan yang bakal berkahwin.

Baru-baru ini, seorang gadis bernama Dayang Norhafizah Awang Gani, atau lebih dikenali sebagai Fiza, menjadi tular di media sosial kerana menerima jumlah dulang hantaran yang luar biasa banyak semasa majlis pertunangannya.

image is not available
Gadis Sarawak Bertunang Terima 70 Dulang Hantaran Berbalas 23 Raih Perhatian Netizen

Menerusi perkongsian di laman TikTok, beliau menerima 70 dulang daripada pihak lelaki, manakala pihak perempuan membalas dengan 23 dulang.

Fiza, yang berasal dari Kampung Tambirat, Asajaya, Sarawak, memberitahu bahawa dia hanya mengetahui tentang jumlah dulang yang banyak ini sejam sebelum majlis bermula. Awalnya, mereka merancang untuk bertukar 9 dulang sahaja dari kedua-dua belah pihak.

Kebanyakan dulang yang diterima mengandungi manisan seperti coklat dan kek, buah-buahan, serta pakaian. Fiza berasa terkejut, gembira dan teruja dengan pemberian ini.

image is not available

Menurut Fiza, amalan ini adalah biasa dalam budaya masyarakat Sarawak sebagai cara untuk mengalu-alukan ahli keluarga baharu. Beliau tidak menyangka video tersebut akan menjadi viral, kerana niatnya hanya untuk merakamkan kenangan majlis pertunangannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan Fiza bersama pasangan. Ada juga yang berkongsi tentang budaya setempat mereka yang turut mengamalkan pemberian dulang hantaran yang banyak semasa majlis perkahwinan atau pertunangan.

Baca juga artikel yang berkaitan: