Gadis Terhibur Muka Member Persis Bak Alif Satar, Sekali Alif Satar ‘Real’ Datang Komen

EntertainmentMusic
12 Mar 2023 • 2:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gadis Terhibur Muka Member Persis Bak Alif Satar, Sekali Alif Satar ‘Real’ Datang Komen

Seorang perempuan yang memiliki muka mirip selebriti tanah air menjadi tular di media sosial selepas melakokan watak artis itu dalam satu video klip parodi.

Dalam rakaman tersebut, perempuan yang memiliki wajah persis penyanyi Alif Satar sedang menjiwai watak berlakon menjadi selebriti.

Klip itu juga sempat menunjukkan reaksi peminat apabila bertemu dengan artis di suatu tempat.

Terdapat juga gadis-gadis lain yang menjadi pelakon sampingan, melakonkan watak sebagai orang awam apabila terserempak dengan selebriti.

Melalui perkongsian @baz0ongi di laman TikTok, sekumpulan wanita itu menyediakan skrip ringkas menunjukkan bahawa ‘scene‘ itu tampak benar.

“Ada artis weh” kata dua wanita itu dengan bersemangat.

“Ye ke, mana?” ujar yang lain.

“Ada artis! Sebelah sana, sebelah sana!” tambah mereka.

Kemudian, kamera itu terus dihalakan ke sebelah kanan untuk menunjukkan muka gadis persis Alif Satar itu, yang sedang berjalan sambil memberi tandatangan kepada peminat.

Sewaktu gadis itu muncul, lagu popular milik Alif Satar bertajuk Lelaki Seperti Aku yang dikeluarkan pada tahun 2011 diletakkan sebagai muzik background menandakan dia adalah penyanyinya.

Secara spontan, perempuan itu berlakon seperti penyanyi tersebut sambil menonjolkan sifat kelelakian dengan memaparkan muka macho serta menjongketkan kening ke atas.

Rakaman itu menggegarkan media sosial hingga video tersebut mendapat 1.7 juta tontonan dan 89,700 ribu tanda suka dalam masa 14 jam ia disiarkan.

Video tersebut juga mendapat perhatian penyanyi yang disebut-sebut itu dan meninggalkan komen di ruangan yang disediakan.

image is not available
Kredit: Tiktok

“Alif Satar hadir,” sambil meninggalkan emoji tanda peace.

Dalam pada itu, pemilik akaun terbabit sempat merakamkan musik video di satu klip yang lain, di mana gadis tersebut menjadi watak utama dengan menggunakan lagu yang sama.

Gadis itu menjadi Alif Satar sambil melakonkan babak-babak yang disebutkan dalam lagu dan yang lain menjadi watak sampingan.

Alif Satar yang dilihat peka dengan keadaan semasa, meninggalkan komen menunjukkan bahawa beliau tahu akan kewujudan gadis yang memiliki muka sepertinya.

image is not available
Kredit: Tiktok

Reaksi warga maya

Rata-rata orang ramai dilihat sangat berpuas hati dengan video yang disiarkan oleh pemilik akaun.

Dalam masa yang sama, mereka juga mengesahkan bahawa muka gadis itu sememangnya sama seperti Alif Satar.

image is not available
Kredit: Tiktok

image is not available
Kredit: Tiktok

image is not available
Kredit: Tiktok

Sumber: baz0ongi via Tiktok