“Waiter tu pun join sekali”- [VIDEO] Ramai Terhibur Tengok Gadis-gadis Ini Buat Video Time-lapse Secara Manual

Entertainment
18 Feb 2023 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila keluar makan atau lepak dengan member yang memang rapat dengan kita, macam-macam benda kelakar akan terjadi kan. Lebih-lebih lagi kalau ada kawan kita yang jenis suka buat lawak.

Itulah yang terjadi kepada empat orang gadis ini kerana gelagat mereka merakam video time-lapse secara manual telah menghiburkan ramai warganet.

Empat orang gadis itu dipercayai merupakan orang Indonesia dan dalam video tersebut, mereka dilihat sedang makan di sebuah restoran.

Video mereka itu telah tular di Twitter setelah dikongsikan di akaun seterahdeh kerana gelagat gadis-gadis itu dan pekerja restoran itu menghiburkan netizen.

Difahamkan, keempat-empat mereka mahu merakam video mereka sedang makan dengan menggunakan time-lapse secara manual.

Untuk anda yang tidak tahu, time-lapse merupakan teknik merakam perjalanan atau perubahan sesuatu objek atau adegan dalam suatu tempoh masa yang lama menjadi gerakan cepat.

Kebanyakan telefon pintar pada zaman kini memang dah tersedia dengan ciri time-lapse ini, namun gadis-gadis tadi pula sengaja mahu membuat video time-lapse tersebut secara manual.

Kalau nak buat video macam tu secara manual, maknanya kita kena bergerak cepat dan pantas dan itulah yang dilakukan oleh gadis-gadis itu.

Namun, apa yang kelakarnya ialah pekerja di restoran tersebut yang kebetulan datang ke meja gadis-gadis itu untuk menghantar pesanan mereka turut join video terbabit.

image is not available

Pekerja tersebut juga menggerakkan tangannya dengan cepat macam time-lapse agar video sekumpulan gadis tadi tak nampak canggung.

image is not available

Ramai yang memuji pekerja itu kerana dia understood the assignment bak kata Urban Dictionary.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.