Gaduh guna pisau di kedai makan, 4 lelaki direman

4 Jun 2024 • 5:24 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden pergaduhan bersenjatakan pisau di sebuah kedai makan di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Razlam Ab Hamid berkata, keempat-empat lelaki warga tempatan itu direman selama empat hari sehingga esok.

Katanya, polis turut merampas pisau yang disyaki digunakan dalam kejadian itu bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Hari ini, polis mengesan satu rakaman klip video berdurasi 38 saat dimuat naik di platform X memaparkan satu insiden pergaduhan melibatkan beberapa individu bersenjatakan pisau.

“Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada 1 Jun lalu kira-kira jam 6.30 petang di sebuah kedai makan di Jelutong, Georgetown membabitkan empat lelaki tempatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 160 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan tidak menularkan klip video berkenaan bagi mengelak kegusaran orang ramai,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat di aplikasi X memaparkan pergaduhan beberapa individu sebelum seorang daripadanya mengeluarkan pisau. – 4 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved