Gaduh Sebab Hutang, Seorang Lelaki Maut Di Sibu

26 Oct 2023 • 2:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lima suspek yang turut terlibat ditahan polis

Gaduh Sebab Hutang, Seorang Lelaki Maut Di Sibu. Pihak polis Sibu telah menahan lima orang yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di tempat awam pada hari Selasa lalu, (24 Oktober).

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili menyatakan bahawa seorang penunggang motosikal berusia 71 tahun telah maut apabila kenderaan yang digunakan oleh salah satu kumpulan suspek melanggar beliau semasa kejar-mengejar.

image is not available
Gaduh Sebab Hutang, Seorang Lelaki Maut Di Sibu. Sumber foto: xtra

“Polis menerima maklumat mengenai pergaduhan di Lorong Wong King Hou pada pukul 6.45 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian, lima lelaki berusia antara 17 hingga 30 tahun telah ditahan,” katanya.

ACP Zulkipli kemudiannya berkata dua kenderaan, dua pisau dan sebatang rotan telah disita ketika penahanan suspek-suspek tersebut.

Difahamkan kesemua suspek positif dadah

Beliau menambah bahawa pergaduhan itu adalah berkaitan isu hutang antara kedua-dua kumpulan. Pihak polis turut membuat ujian air kencing kepada kesemua suspek, dan didapati positif dadah termasuk methamphetamine dan ketamin.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan jika disabitkan kesalahan, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjarakan sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya.

Sementara itu, ACP Zulkipli juga berkata kematian penunggang motosikal disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/polis-larang-lapan-individu-mahkamah-sibu/

https://www.iloveborneo.my/polis-bongkar-taktik-along-semenanjung-guna-geng-di-sibu-tagih-hutang/