Gagal Bayar Wang Jaminan, Pemandu Lori Batu Ditempatkan Di Lokap Polis

LocalPolitics
17 May 2025 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemandu lori yang membawa muatan batu kerikil yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa sembilan anggota FRU di Teluk Intan beberapa hari lalu dilaporkan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak selepas tertuduh tidak berjaya membayar wang jaminan.

Menurut laporan Buletin TV3, pemandu lori, Rudi Zulkarnain Mat Radi gagal membayar wang jaminan berjumlah RM6,000 yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret.

Pihak polis mengatakan tertuduh buat masa ini akan berada di lokap polis dan jika wang jaminan tersebut masih tidak dapat dibayar oleh tertuduh, pemandu lori itu akan dipindahkan untuk direman di penjara.

image is not available

Difahamkan, tertuduh ada memberitahu bahawa majikannya akan membantunya membayar wang jaminan berkenaan namun setakat ini, ia belum dilakukan lagi oleh majikannya.

Pemandu lori itu akan direman di penjara sehingga sebutan semula kes pada bulan hadapan iaitu 17 Jun sekiranya wang jaminan itu tidak diperoleh.

image is not available

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.