Gagal Buktikan Gangguan Seksu*l, Mahkamah Arah Stesen Radio Terkenal Bayar RM358K Kepada Penyampai Radio

24 Sep 2026 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah stesen radio swasta, BFM Media Sdn Bhd, diarahkan membayar sebanyak RM358,400 kepada bekas penerbit dan penyampai, Umapagan K Ampikaipakan, selepas Mahkamah Perusahaan mendapati dakwaan gangguan seksual dan kelakuan tidak wajar terhadapnya gagal dibuktikan.

Mahkamah mendapati BFM mempunyai asas untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang diterima, namun bukti yang dikemukakan tidak mencukupi untuk membuktikan berlakunya salah laku berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Advertisement

df

“Syak wasangka mungkin mewajarkan siasatan. Kebimbangan mungkin membenarkan sikap waspada. Namun, syak wasak ataupun kebimbangan tidak boleh menjadi ganti kepada pembuktian,” katanya.

Menurut mahkamah, beberapa dakwaan terhadap Umapagan didapati tidak tepat, tidak jelas sumber penyebarannya, selain dokumentasi yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak diuji dalam beberapa perkara penting.

Pravin turut menjelaskan bahawa alasan munasabah untuk menjalankan siasatan tidak boleh disamakan dengan bukti bahawa seseorang pekerja benar-benar melakukan salah laku, khususnya bagi dakwaan gangguan seksual yang boleh memberi kesan serius terhadap reputasi, maruah serta mata pencarian seseorang.

Kes Bermula Dengan E-mel Tanpa Nama

Kes berkenaan bermula selepas penyebaran e-mel tanpa nama pada November 2018 yang mendakwa berlaku gangguan seksual di BFM.

Susulan itu, pihak syarikat melantik penyiasat luar untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

Umapagan kemudiannya menerima notis tunjuk sebab pada 24 Disember 2018 sebelum perkhidmatannya ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Januari 2019.

BFM sebelum ini mempertahankan tindakan tersebut berdasarkan hasil siasatan bebas dan mendakwa kelakuan Umapagan adalah setara dengan gangguan seksual atau sekurang-kurangnya kelakuan yang tidak wajar serta tidak profesional.

Bagaimanapun, Mahkamah Perusahaan menegaskan bahawa majikan tetap perlu membuktikan dakwaan tersebut apabila kes dibawa ke peringkat adjudikasi.

“Mempunyai asas munasabah untuk mengesyaki seorang pekerja melakukan pelanggaran tidak melepaskan majikan daripada beban pembuktian apabila perkara itu dibawa ke adjudikasi Mahkamah Perusahaan,” katanya.

Bukti Tidak Cukup Kukuh

Mahkamah mendapati beberapa dakwaan terhadap Umapagan tidak disokong bukti kukuh, termasuk mesej asal dan identiti pihak yang membuat tuduhan yang dirahsiakan. Beberapa dakwaan juga hanya muncul selepas sesi temu bual tanpa memberinya peluang untuk memberi maklum balas.

Mahkamah turut menemukan kepincangan pada beberapa tangkapan layar yang dikemukakan BFM kerana tiada mesej asal serta bukti kukuh yang mengaitkannya dengan pengirim atau penerima.

Terima Pampasan RM358,400

Walaupun mendapati pemecatan tersebut tidak adil, mahkamah tidak memerintahkan Umapagan diambil semula bekerja memandangkan lebih tujuh tahun telah berlalu sejak pemecatannya dan hubungan antara kedua-dua pihak telah terjejas.

Dalam kes berkenaan, P Jayasingam, Thavaselvi Pararajasingam dan Eve Hong bertindak sebagai peguam bagi Umapagan, manakala Yong Hon Cheong dan S Sivagami mewakili BFM.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hubungan cikgu dengan pelajar2026-09-24 12:49:05

Hubungan Guru Wanita & Pelajar Lelaki Terbongkar Selepas Keluarga Temui Rakaman Video

The post Gagal Buktikan Gangguan Seksu*l, Mahkamah Arah Stesen Radio Terkenal Bayar RM358K Kepada Penyampai Radio first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved