Gagal Jawab Soalan Telur Atau Ayam Yang Wujud Dahulu, Lelaki Ini Dibunuh Rakannya

2 Aug 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki bernama Kadir Markus yang beradal dari Lakapera, Kecamatan Gu, Kabupaten Buton Tengah, Sulawesi Tenggara meninggal dunia dibunuh temannya, gara-gara gagal menjawab pertanyaan telur atau ayam yang wujud dahulu.

Memetik Kompas, kejadian dilaporkan berlaku pada 27 Julai lalu.

Ayam, telur

“Pada awalnya, minum sama-sama, mereka minum berdua. Selepas itu, ada perbincangan yang berlaku antara mangsa dan rakannya mengenai telur dan ayam, yang mana muncul dulu.” kongsi seorang sahabat mangsa yang dikenali sebagai Roy P.

Disebabkan gagal menjawab, mangsa meminta izin untuk pulang ke rumah.

“Pelaku lalu mengambil badik (sejenis parang) di rumahnya dan kemudian mengejar korban. Selepas tiba di depan gereja, baru dia tikam, sebanyak 15 tikaman,” ujar Roy.

Mangsa sempat dibantu oleh orang ramai dengan membawanya ke hospiral Wakuru. Begitupun, mangsa tidak dapat diselamatkan.

Pelaku kemudian menahan sebuah motosikal dan menyerahkan diri ke pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Tongkuno, Inspektor Abdul Hasan, mengesahkan kejadian tersebut.

“Si pelaku dan mangsa minum arak bersama saksi lain. Terdapat perbezaan pemahaman sama ada telur atau ayam wujud dahulu, mengakibatkan perselisihan faham yang membawa kepada jenayah bunuh,” katanya.

“Kami telah menahan suspek yang disyaki sebagai pelakunya,” katanya lagi.

Ketika ini pelaku masih menjalani pemeriksaan di Balai Polis Tongkuno.

Sumber: Kompas
Sumber foto: How Stuff Works