Gagal Kembalikan Wang Tiket Jemaah Umrah, Fathul Bari Kekal Bayar Balik RM492,480

LocalBusiness & Finance
29 Jun 2026 • 8:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya bersama dua lagi individu perlu membayar semula wang kutipan tiket penerbangan jemaah umrah berjumlah RM492,480 selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk menggantung pelaksanaan penghakiman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Image from: Gagal Kembalikan Wang Tiket Jemaah Umrah, Fathul Bari Kekal Bayar Balik RM492,480

Gagal membuktikan wujud keadaan khas

Memetik laporan daripada Malaysia gazette, mahkamah telah memerintahkan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu bersama Sekh Fazzli Sekh Ruzi dan Wan Azizul Wan Yusoff membayar kos sebanyak RM5,000.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 8 Januari lalu.

Hakim Leong Wai Hong memutuskan defendan gagal membuktikan wujudnya keadaan khas yang membolehkan pelaksanaan penghakiman berbentuk wang itu digantung.

“Bagi kes-kes berkaitan penghakiman berbentuk wang, hakikat bahawa sesuatu rayuan telah difailkan bukanlah suatu keadaan khas yang membolehkan pelaksanaannya digantung.
“Keputusan mahkamah yang lebih tinggi mengikat mahkamah ini,” ujarnya.

Pada prosiding itu, Fathul Bari dan dua lagi diwakili peguam Mohd. Shahril Madisa, manakala syarikat KRS Travel Sdn. Bhd. selaku plaintif diwakili Teoh Bee Shan.

Image from: Gagal Kembalikan Wang Tiket Jemaah Umrah, Fathul Bari Kekal Bayar Balik RM492,480

Untuk rekod, pada 9 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pembayaran balik wang kutipan tiket penerbangan jemaah umrah berjumlah RM492,480 kepada KRS Travel Sdn. Bhd.

Ketika itu, ketiga-tiga mereka merupakan pengarah Rehla Travel Services Sdn. Bhd. yang disaman oleh syarikat pelancongan tersebut bagi menuntut semula wang kutipan tiket penerbangan.

Dalam penghakiman terdahulu, hakim berpuas hati dengan dapatan Mahkamah Sesyen bahawa mereka melakukan penipuan apabila gagal memulangkan kira-kira RM500,000 yang dikutip daripada jemaah umrah.

Mahkamah turut mengambil maklum bahawa Rehla kemudiannya memohon untuk dibatalkan daripada daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat itu kini tidak lagi beroperasi.

Sumber: Malaysia Gazette (Norliza Abbas)

The post Gagal Kembalikan Wang Tiket Jemaah Umrah, Fathul Bari Kekal Bayar Balik RM492,480 appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved