
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) didenda RM40,000 kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan seorang lelaki ketika dia bekerja di kawasan SESB dan mengakibatkan kematiannya.
Ini adalah kali kedua SESB didenda kerana melakukan kesalahan sama dengan kes pertama membabitkan pekerjanya sendiri.
Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim memerintahkan SESB membayar denda itu selepas wakilnya mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atas SESB.
Mahkamah turut memerintahkan Pengurus SESB Papar Jusdi Justin membayar denda RM20,000 kerana melakukan kesalahan sama.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more SESB dan Jusdi gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan bukan pekerja mereka semasa dia sedang membaiki wayar putus di Sungai Mondikot, di Kg Mondikot, Papar.
Pertuduhan menyatakan SESB dan Jusdi membenarkan mangsa bekerja dalam keadaan berbahaya tanpa peralatan keselamatan yang sesuai semasa melakukan kerja itu.
Kesalahan berkenaan berlaku antara jam 11.15 pagi dan 2.35 petang pada 1 Julai, 2020 di Papar.
Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Pada 5 April tahun ini, SESB didenda RM35,000 kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
