
KOTA KINABALU: Sebuah syarikat diperintahkan membela diri atas dua pertuduhan kerana gagal memastikan keselamatan dua pekerjanya sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mereka.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus mengeluarkan perintah itu terhadap Juta Hajat & Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) JV Sdn. Bhd. selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap syarikat itu, pada Jumaat.
Mahkamah menetapkan 15, 18 dan 19 September tahun ini untuk pembelaan syarikat itu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi pertuduhan pertama dan kedua, syarikat itu didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya iaitu Chu Yin Ket, 41, dan Jarry Sulaiman, 24, semasa kerja pemasangan tiang konkrit atas Telekom Malaysia di Koridor Utiliti LHS dari CH24+525 hingga CH25+475 LHS, yang mengakibatkan kemalangan membabitkan mereka yang kemudian menyebabkan kecederaan.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 11.40 pagi, 8 Disember 2022 di tapak projek pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah – Naik Taraf Jalan dari Sindumin ke Kg Melalia.
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan telah memanggil 12 saksi sepanjang perbicaraan.
Pegawai Pendakwa Jinurah Sintian dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengendalikan pendakwaan manakala peguam Ian Cham mewakili syarikat itu.


