Gagal Patuhi Peraturan, Indonesia Dilapor Larang Jual Google Pixel

6 Nov 2024 • 11:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas larang jual iPhone 16, Indonesia sekali lagi mengambil tindakan sama terhadap satu lagi jenama telefon pintar dari Amerika Syarikat iaitu Google Pixel.

Memetik laporan CNBC Indonesia, jurucakap Kementerian Perindustrian, Febri Hendri Antoni Arief berkata peraturan ini perlu dipatuhi agar ada keadilan untuk pelabur di Indonesia.

Indonesia larang jual Google Pixel

image is not available

“Kami menggalakkan peraturan ini supaya ada keadilan untuk semua pelabur di Indonesia. Produk Google tidak mematuhi peraturan yang kami tetapkan, jadi ia tidak dijual di sini,” katanya.

Menerusi laporan, Google gagal mematuhi peraturan yang mana syarikat itu perlu menggunakan sekurang-kurangnya 40% komponen yang dihasilkan dalam negara itu.

Dalam pada itu, Febri turut berkata pengguna boleh membeli telefon Google Pixel di luar negara, asalkan mereka membayar cukai yang dinyatakan.

Pada masa yang sama, pihak Febri juga mempertimbangkan untuk menyahtauliahkan mana-mana telefon yang dijual secara haram dalam negara itu.

image is not available

Larangan ini dilakukan seminggu selepas Indonesia menyekat penjualan iPhone 16 di negara itu atas alasan sama iaitu tidak menggunakan komponen tempatan.

Sekadar info, Google dan Apple bukanlah antara pengeluar telefon pintar terkemuka di Indonesia, namun tdua pembuat telefon pintar teratas di negara itu adalah OPPO dan Samsung.