Selepas iPhone 16, Indonesia Turut Sekat Penjualan Telefon Pintar Google Pixel

Entertainment
2 Nov 2024 • 12:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Indonesia telah menyekat penjualan telefon Google Pixel di negara itu atas kegagalan syarikat teknologi terkemuka itu memenuhi peraturan pelaburan.

image is not available

Nasib yang sama telah menimpa syarikat Apple dimana penjualan iPhone 16 turut disekat dengan alasan yang sama.

Memetik laporan CNA News, Indonesia sedang berusaha untuk meningkatkan pelaburan daripada syarikat teknologi asing dengan syarat 40% telefon mereka diperoleh daripada Indonesia.

Jurucakap Kementerian Industri Indonesia, Febri, Hendro Antoni Arif berkata, selagi produk itu tidak memenuhi syarat yang dikehendaki, ia tidak boleh dijual di Indonesia.

Bagi Google Pixel, mereka belum memperoleh sijil TKDN. TKDN adalah singkatan dari Tingkat Komponen Dalam Negeri, iaitu dasar Indonesia yang memerlukan perniagaan menggunakan peratusan minimum komponen dan bahan tempatan untuk menjual produk mereka di Indonesia.

Peratusan komponen tempatan yang diperlukan berbeza mengikut sektor perniagaan.

image is not available

Kementerian itu berkata minggu lalu telefon yang disekat daripada jualan komersial masih boleh dibawa ke Indonesia selagi ia tidak didagangkan.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.