Gagal seludup 50kg bunga ganja ke Malaysia, tahan dua wanita

25 Nov 2026 • 7:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gagal seludup 50kg bunga ganja ke Malaysia, tahan dua wanita

NARATHIWAT (THAILAND): Pasukan Petugas Suriyothai dengan kerjasama Unit Peronda Sempadan 4412 menggagalkan cubaan dua wanita menyeludup 50 kilogram bunga ganja ke Malaysia dalam operasi di Daerah Sungai Golok, Sabtu lalu.

Komander Kompeni Perlindungan Sempadan ke-8 Suriyothai, Leftenan Soravis Nawaka berkata, rampasan itu dibuat setelah sepasukan anggotanya menerima maklumat berkaitan penyeludupan barangan melalui pangkalan haram di daerah itu.

Beliau berkata, hasil maklumat orang ramai satu operasi pengepungan dan penggeledahan dilakukan bersama Unit Peronda Sempadan 4412 dan Pentadbiran Daerah di sekitar Jeti Ton Chomphu, Pasar Mundok kira-kira pukul 5.30 petang.

“Pihak berkuasa menahan dua wanita tempatan berasal dari Wilayah Nakhon Phanom dan Amnat Charoen, masing-masing berusia 26 dan 32 tahun.

“Hasil soal siasat dan pemeriksaan lanjut menemukan 50 kilogram bunga ganja diisi dalam lima beg plastik berhampiran pintu masuk jeti berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa percaya kedua-dua suspek sedang menunggu anggota sindiket lain untuk menyeludup bunga ganja itu ke Malaysia melalui jalan sungai pada waktu malam.

Soravis berkata, pihak berkuasa merampas semua bukti dan menyerahkan kedua-dua suspek kepada pegawai penyiasat di Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut dan prosiding undang-undang. – UTUSAN

The post Gagal seludup 50kg bunga ganja ke Malaysia, tahan dua wanita appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved