Gagal tekan israel, hubungan Palestin-AS pada tahap paling rendah

3 Aug 2023 • 4:37 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Hubungan antara Palestin dan Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap paling rendah apabila Washington gagal menekan israel supaya menghentikan tindakannya terhadap Palestin, lapor BERNAMA, memetik Xinhua menerusi penjelasan seorang pegawai kanan Palestin pada Rabu.

“AS tidak mahu menghentikan sebarang rancangan atau projek israel untuk menyelamatkan proses damai yang terhenti daripada kebuntuan yang dicapai kerana tindakan berterusan israel terhadap rakyat Palestin”, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmad Majdalani.

image is not available
Ahmad Majdalani, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)

“Kami tidak mengharapkan mereka pentadbiran AS) akan mengambil sebarang langkah praktikal dan nyata untuk menyelamatkan proses damai, yang telah mengalami koma yang mendalam”, kata Majdalani.

Rundingan damai secara langsung antara israel dan Palestin telah dihentikan pada akhir Mac 2014 berikutan pertikaian mengenai penempatan israel dan sempadan negara Palestin.

image is not available
Kredit foto WAFA

Palestin telah berulang kali menggesa AS untuk menekan israel supaya menghentikan pencerobohannya di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, termasuk pembinaan penempatan dan serangan terhadap pekan dan bandar Palestin di Tebing Barat. Palestin juga menggesa AS untuk membuka semula konsulat AS di Baitulmaqdis Timur dan pejabat PLO di Washington.

“Menyedari bahawa AS masih rakan kongsi kepada kerajaan penjajah”, Majdalani berkata, “kita tidak boleh bergantung kepada pentadbiran Amerika“.

Pegawai itu juga mengkritik AS kerana memberikan perlindungan selain sokongan politik dan diplomatik untuk israel dalam pelbagai organisasi antarabangsa serta menyalahgunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB.

image is not available

Umat Islam di Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia