
SEMPORNA: Pendekatan berfokuskan akar umbi yang dilaksanakan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)) dilihat mampu memecah dominasi politik Semporna yang merupakan kubu kuat Parti Warisan (Warisan).
Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sulabayan Datuk Abd Hajan Gurimbang berkata sokongan pengundi di kawasan ini menunjukkan perubahan khususnya dalam kalangan generasi muda.
Katanya pengundi muda semakin terbuka terhadap kepimpinan alternatif termasuk Gagasan Rakyat mula meraih perhatian dengan barisan kepimpinan baharu yang juga mempunyai hubungan rapat dengan legasi politik tempatan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sokongan ini adalah hasil pendekatan akar umbi yang dilaksanakan khususnya dalam sektor pendidikan, budaya dan sukan.
“Pemuda Gagasan Rakyat Sulabayan dilihat telah berjaya mendekati golongan pemuda melalui gerak kerja mereka. Inilah harapan kita pemuda menjadi pemimpin seperti mana apa yang berlaku sebelum ini,” katanya.
Abd Hajan berkata demikian pada Persidangan Pemuda Gagasan Rakyat Sulabayan dan Persidangan Bahagian Gagsan Rakyat Senallang pada Sabtu.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PGRS, Datuk Seri Dr. Ruddy Awah berkata, situasi politik di kawasan Semporna memperlihatkan keinginan rakyat untuk melakukan perubahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Katanya, masyarakat di peringkat akar umbi dilihat memberi sambutan dan sokongan kepada pemimpin tempatan PGRS, termasuk Ketua PGRS Senallang, Mohd Rashdey Datuk Sabardin.
“Kita faham bahawa masyarakat termasuk anak-anak muda dan keluarga menginginkan satu perubahan dalam kepimpinan. Saya yakin bahawa dalam politik, apa pun boleh berlaku,” tambahnya.

