
LAHAD DATU: Sayap Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tungku digesa terus memperkukuh tekad dan gerak kerja bagi memantapkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Tungku, Mohd Ar Razee Abdulham, berkata Pemuda berperanan sebagai benteng utama parti dalam menghadapi cabaran politik semasa menjelang PRN17.
Menurutnya, barisan Pemuda kini berada dalam keadaan bersiap-siaga dan telah merangka pelan tindakan yang lebih tersusun bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita perlu memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan pemuda. Kesepaduan ini menjadi asas penting dalam menyusun strategi yang lebih efektif dan menyeluruh.
“Kita juga telah turun padang ke pelusuk kampung, melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan serta mendekati pengundi muda secara konsisten,” katanya ketika berucap pada Persidangan Pemuda Gagasan Rakyat Tungku, di sini.
Persidangan itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan.
Ar Razee berkata Pemuda juga giat memperkukuh komunikasi bagi memastikan mesej perjuangan parti dapat disampaikan dengan lebih tepat dan meluas.
Katanya, pendekatan inklusif turut diambil bagi memastikan tiada golongan masyarakat yang terpinggir daripada perhatian dan perkhidmatan parti.
“Kami percaya Gagasan Rakyat adalah parti yang benar-benar membela rakyat, bukan sekadar retorik tetapi menerusi dasar dan program yang memberi manfaat nyata.
“Presiden parti sendiri sentiasa turun padang, mendengar denyut nadi rakyat, dan membuktikan keprihatinan melalui tindakan,” tambahnya.
Beliau turut mengingatkan ahli Pemuda agar tidak leka dan terus berpegang kepada semangat perjuangan dalam menghadapi cabaran politik yang semakin kompleks.
“Kemenangan bukan semata-mata matlamat, tetapi satu amanah. Kita bekerja bukan kerana mahu menang, tetapi kerana rakyat layak diwakili oleh pemimpin yang konsisten dan komited membela mereka,” katanya.
