Gagasan Rakyat sokong penuh kerajaan Anwar

LocalPolitics
25 Jun 2023 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), yang telah mendaftarkan hampir 300,000 ahli setakat ini, menyokong penuh Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata selain itu, parti itu menyokong semua usaha dan komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus dalam menangani masalah yang diwarisi kerajaan terdahulu seperti bekalan air dan elektrik serta jalan raya, di samping keperluan lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan Sabah yang lebih baik.

“Gagasan Rakyat juga menyokong komitmen berterusan Kerajaan Negeri GRS Plus dalam menuntut hak rakyat dan negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya, menambah ini antara resolusi yang dibuat semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat di ibu pejabat parti itu di Alamesra di sini pada Jumaat, dipengerusikan oleh Presidennya Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri.