Gajah ditemui mati, buaya mati ditembak di Lahad Datu

LocalEnvironment
20 Sep 2024 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seekor gajah ditemui mati di sebuah ladang di Begahak, di sini, pada Selasa.

Difahamkan, kira-kira jam 9 pagi Selasa, orang ramai memaklumkan kepada Jabatan Hidupan Liar mengenai seekor gajah yang cedera di kawasan itu.

Bagaimanapun, apabila pasukan Jabatan Hidupan Liar tiba untuk pemeriksaan, gajah itu telah mati.

Pasukan itu kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada kesan tembakan pada gajah betina berusia sekitar dua hingga tiga tahun itu.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Jimmy A/K Panyau mengesahkan satu laporan telah dibuat.

Jimmy juga berkata mereka menerima laporan mengenai seekor buaya jantan ditembak mati di Kampung Segangan II, pada hari yang sama.

Sebelum laporan polis dibuat, semasa pemantauan dan pemeriksaan yang dibuat oleh Jabatan Hidupan Liar di kampung itu, seekor buaya dikesan berhampiran tebing sungai.

Empat das tembakan dilepaskan ke arah buaya sepanjang kira-kira 11.7 kaki itu. Bangkainya kemudian dibawa ke Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.