
LAHAD DATU: Lelaki berusia 42 tahun cedera manakala 15 lagi dalam bas ekspres itu terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan Proton Saga FLX di Kampung Balacon, Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini, pada Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kejadian itu pada 10.25 malam.
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera bomba dan kenderaan EMRS.
“Sebaik tiba, pasukan melaporkan kemalangan membabitkan dua kenderaan. 15 orang dalam bas ekspres itu terselamat tanpa cedera manakala seorang lelaki dalam Proton Saga FLX mengalami kecederaan.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Pasukan EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan menyerahkan mangsa kepada ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata jabatan itu.
Jabatan itu menambah, operasi tamat pada 11.32 malam selepas memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



