Gajah Liar Pecahkan Tingkap & ‘Rompak’ Makanan, Tuan Rumah Cuba Halau Guna Ubat Nyamuk

Entertainment
11 Jan 2023 • 12:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ancaman dari haiwan liar bukanlah sesuatu yang baru, perkara ini terjadi apabila terdapat penerokaan hutan atau dengan kata lain haiwan-haiwan ini mengganas bilamana habitat mereka diganggu.

Baru-baru ini, sebuah video tular di Twitter yang memaparkan seekor gajah liar dilihat memecahkan tingkap sebuah rumah dan dipercayai ingin mencuri makanan.

Menurut tweet Bernama, ‘pencerobohan’ gajah tersebut berlaku di Aring 8, Gua Musang, Kelantan dan ia berlaku kira-kira jam 4 pagi.

Difahamkan, rumah berkenaan merupakan rumah peladang, ketiga-tiga lelaki yang berada dalam rumah tersebut menghadapi situasi cemas itu dan cuma menghalau mamalia gergasi itu dengan menyalakan ubat nyamuk.

“Mungkin dia cari makanan”

Walaupun ramai yang tertanya-tanya mengapa individu berkenaan cuba menghalau gajah tersebut dengan menyalakan ubat nyamuk, namun ramai juga yang beranggapan mamalia tersebut kelihatan sangat terdesak dan kelaparan.

Ada juga yang mengatakan gajah tersebut tersesat dan disebabkan itu ia menceroboh rumah ladang berkenaan.

image is not available

Sebelum ini, di Lipis, Pahang seorang remaja lelaki Orang Asli maut dipercayai akibat dipijak gajah liar di Kampung Tual, Pos Sinderut.

Insiden serangan haiwan liar ini sering dikaitkan dengan pembangunan serta penerokaan hutan yang tidak terancang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.