
TAWAU: Seekor gajah Borneo Pygmy dirakam masuk ke dalam sebuah rumah pekerja ladang dan “tumpang minum” sebelum beredar keluar di Ladang Sg Tiagau, dekat Kalabakan, pada pagi Jumaat.
Pegawai Hidupan Liar, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Norfarhain Jefri berkata, pihaknya dimaklumkan oleh saksi bahawa gajah terbabit masuk ke dalam rumah tanpa disedari ketika penghuninya sedang menjemur kain di luar rumah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, gajah itu dipercayai masuk menerusi pintu dapur yang dibiar terbuka, sebelum penghuninya melihat aksi comel haiwan tersebut sedang minum air di bilik mandi dan beredar keluar semula selepas selesai.
Difahamkan insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan kerana gajah tersebut keluar dengan sendirinya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “JHL Tawau ada menerima aduan daripada orang awam berkenaan insiden ini dan kakitangan kita sudahpun digerakkan ke lokasi bagi membuat pemantauan bersama pekerja ladang pada hari kejadian.
“Pemantauan ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Daily Express.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 0.36 dikongsikan pemilik akaun Facebook Anton Alik, yang memperlihatkan aksi gajah tersebut sedang minum air di bilik mandi sebuah rumah di Ladang Sg Tiagau, Kalabakan.
Video tersebut kemudiannya turut dikongsikan semula oleh pemilik akaun Milsa Putry Toraja.
