
TAWAU: Seekor gajah Borneo Pygmy dirakam masuk ke dalam sebuah rumah pekerja ladang dan ‘tumpang minum’ sebelum beredar keluar dalam kejadian di Ladang Sg Tiagau di Kalabakan pada pagi Jumaat.
Pegawai Hidupan Liar, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Norfarhain Jefri berkata, pihaknya dimaklumkan oleh saksi kejadian bahawa gajah terbabit masuk ke dalam rumah tanpa disedari ketika penghuninya sedang menjemur kain di luar rumah.
AdvertisementMenurutnya, gajah berkenaan dipercayai masuk menerusi pintu dapur yang dibiar terbuka, sebelum penghuninya melihat aksi comel haiwan tersebut sedang minum air di bilik mandi dan beredar keluar semula selepas selesai.
Difahamkan insiden berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kerosakan kerana gajah tersebut keluar dengan sendirinya selepas "tumpang minum".
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “JHL Tawau ada menerima aduan daripada orang awam berkenaan insiden ini dan kakitangan kita sudahpun digerakkan ke lokasi bagi membuat pemantauan bersama pekerja ladang pada hari kejadian.
“Pemantauan ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya lagi ketika dihubungi Daily Express, pada Sabtu.

