Gaji minimum RM2,000: Kerajaan ambil kira kebajikan pekerja, kelangsungan PMKS

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 2:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gaji minimum RM2,000: Kerajaan ambil kira kebajikan pekerja, kelangsungan PMKS
Akmal Nasrullah

KLUANG- Kerajaan mengambil kira keseimbangan antara kebajikan pekerja dan kelangsungan majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), berhubung cadangan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara itu perlu diberi perhatian agar pelaksanaan berkenaan diimbangi.

“Sudah pasti dari sudut pandang itu, kita mengambil kira beberapa segmen dan bagaimana pelaksanaan itu diimbangi untuk kita terus menyantuni warga kerja kita, dan pada masa sama kelangsungan majikan, terutama dalam kalangan peniaga kecil PMKS.

"Sebaiknya kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Taman Perumahan Polis Jalan Padang Tembak, di sini pada Isnin.

Cadangan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan sebelum ini dibangkitkan sebagai langkah meningkatkan pendapatan pekerja bergaji rendah, namun turut dikhuatiri memberi kesan terhadap kos operasi dan harga barangan serta perkhidmatan.

Pengarah Pakar Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPP Wealth Managers Ltd, Mohd Sedek Jantan, berkata kenaikan itu mewakili peningkatan 17.6 peratus, sedangkan produktiviti buruh pada suku pertama 2026 hanya berkembang antara 4.3 dan 4.8 peratus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved