Gaji Pekerja Di Malaysia Dijangka Naik Sehingga 20%

Business & Finance
18 Jan 2023 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berkemungkinan pekerja-pekerja di Malaysia bakal menerima pelarasan gaji antara 3% hingga 20%, tapi bergantung kepada industri dengan pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.

 

Kos sara hidup semakin naik

Daripada laman web perkhidmatan sumber manusia terbesar dunia, Randstad, Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 menyatakan bahawa kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di Malaysia memberikan kesan terhadap kemampuan rakyat untuk membiayai barangan keperluan serta gaya hidup.

image is not available

Ianya memaklumkan bahawa tiada kenaikan gaji dan perkembangan kerjaya sepanjang pandemik Covid-19, banyak syarikat membekukan pengambilan pekerja, kenaikan gaji dan pembayaran bonus pada 2020.

“Bagi bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah, syarikat sedang menyemak semula penanda aras gaji masing-masing bagi mengekal dan menarik bakat baharu,” kata Randstad dalam laporan berkenaan.”

Malah, menerusi Sinar Harian, laporan mengenai Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 menunjukkan bahawa terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri iaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.

image is not available

“Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih cermat, dengan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.”

“Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalam industri pembuatan pula berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi, pendigitalan serta pengalaman.”

Dalam pada itu, pembangunan hartanah dan infrastruktur dalam industri pembinaan akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk pekerja tempatan, namun boleh menimbulkan masalah dengan jurang kemahiran yang berterusan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.