Galak kehidupan lebih aktif, Al-Ikhsan Sports lancar kempen For Everyday Athletes

25 Apr 2025 • 2:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerdar barangan sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan Sports telah melancarkan inisiatif jenama terbaharu, ‘ For Everyday Athletes’ sebagai satu kempen berskala nasional yang meraikan rakyat Malaysia yang terus melangkah, berusaha dan mengharungi cabaran harian dengan semangat.

Jenama sukan tempatan yang paling lama bertapak dan memiliki jaringan terbesar di negara dengan cawangan fizikal dan tiga platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia ini bukan sahaja menjual produk, namun turut memperjuangkan sukan.

Al-Ikhsan Sports lancar For Everyday Athletes

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Datuk Hishammudin Hasan berkata pihaknya percaya bahawa pergerakan boleh mengubah hidup yang mana ia bukan sahaja menguatkan badan namun mencerdaskan minda.

“Di Al-Ikhsan Sports, kami percaya bahawa pergerakan boleh mengubah hidup. Gaya hidup aktif bukan saja menguatkan badan, tapi juga mencerdaskan minda dan memberi tenaga kepada semangat dalaman.

“Macam pepatah lama, ‘Badan Sihat, Minda Cerdas’. Bila kita kekal aktif, kita hidup dengan lebih baik, dari cara kita berfikir, bekerja hingga ke pergaulan kita bersama keluarga dan komuniti. Kempen ini sangat dekat dengan hati saya.

“Saya bangga mengetuai syarikat yang lebih 30 tahun telah menjadi pemacu semangat buat atlet harian. Dengan hala tuju baharu ini, kami bukan sekadar menjual kelengkapan sukan, kami sedang mencetuskan satu pergerakan nasional,” katanya pada majlis pelancaran Kempen ‘For Everyday Athletes’.

Dalam pada itu, ‘For Everyday Athletes’ bukan sekadar slogan namun ia merupakan seruan untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif, sihat dan seimbang.

image is not available

Kempen ini juga mengiktiraf mereka yang tetap memilih untuk bergerak di tengah kesibukan kerja, rutin harian di rumah dan rentak kehidupan yang padat dan mencabar.

Pada masa yang sama, kempen ini juga memberi tumpuan kepada individu-individu harian dengan rutin sebenar kehidupan sambil memperkukuh komitmen Al-Ikhsan Sports sebagai jenama yang sentiasa dekat di hati rakyat.

Pelancaran kempen ini juga bertepatan dengan satu pencapaian penting, pengenalan konsep kedai baharu Al-Ikhsan Sports di Elmina Lakeside Mall yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik.

Cawangan Elmina ini adalah yang pertama dalam siri kedai generasi baharu Al-Ikhsan Sports, diikuti oleh kedai-kedai Al-Ikhsan di AEON Shah Alam, Ipoh Parade dan Mayang Mall.

image is not available

Jenama tempatan ini akan terus memperkemaskan konsep kedainya dari masa ke masa dengan perancangan untuk menaik taraf kedai-kedai sedia ada sambil membuka cawangan baharu.

Kempen ‘For Everyday Athletes’ meneruskan misi ini dengan lebih jelas, memberi fokus kepada pergerakan harian dan individu-individu di sebalik setiap langkah itu.

Antara sorotan utama kempen ini termasuk pelancaran Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports, Ganjaran aktiviti kecergasan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan program komuniti untuk menghubungkan rakyat melalui gaya hidup aktif.

Kempen ini juga memperkukuhkan lagi hubungan jenama tempatan ini dengan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, sekaligus mengingatkan bahawa Al-Ikhsan sentiasa berada di sini dan terus bergerak seiring dengan semua orang.

image is not available

Oleh itu, ayuh sertai kempen ini di media sosial dengan #EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS. Untuk maklumat lanjut, layari www.al-ikhsan.com atau ikuti @alikhsansports di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved