Galak kesedaran, Anugerah Tandas Terbaik jadi acara tahunan kebangsaan – Kor Ming

20 Mar 2025 • 11:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anugerah Tandas Terbaik (TOTYA) akan dijadikan acara tahunan peringkat kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran sivik dalam penjagaan kebersihan tandas awam.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, keputusan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri.

Beliau berkata, TOTYA, yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM160,000, dengan pemenang utama bagi setiap kategori menerima RM20,000.

image is not available

Anugerah Tandas Terbaik jadi acara tahunan kebangsaan

Tahun ini, anugerah ini akan mempertandingkan lapan kategori utama, iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hotel, restoran, pusat beli-belah, sekolah, medan selera, serta rumah ibadat.

“Tarikh tutup penyertaan TOTYA ditetapkan pada 30 April ini,” kata Nga kepada media selepas menghadiri program Sentuhan Kasih Ramadan bersama media di Kuala Lumpur.

image is not available

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli, serta Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM, Md Shahri Saripan.

Nga turut memaklumkan bahawa hasil kerjasama antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan Kementerian Pendidikan telah membawa kepada penambahbaikan kira-kira 12,000 tandas awam, termasuk lebih 8,000 tandas sekolah, dengan peruntukan hampir RM900 juta. Inisiatif ini bertujuan untuk menerapkan amalan kebersihan sejak di peringkat sekolah.

image is not available

Selain itu, sebagai persiapan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026, KPKT telah memperuntukkan RM4 juta bagi pembinaan empat tandas pintar bertaraf enam bintang di lokasi pelancongan terpilih. Antara lokasi yang terlibat ialah Dataran Masjid Putrajaya, Dataran Flora di Putrajaya, Jalan Alor, dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Sumber: BERNAMA