GALAX Mengesahkan Mereka Tidak Akan Meninggalkan Industri Komponen Komputer

TechnologyBusiness & Finance
30 Apr 2026 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semalam, kami telah mengikuti laporan bahawa GALAX akan menutup tirai perniagaan mereka berdasarkan satu dokumen yang mengatakan bahawa proses waranti dan RMA kad-kad grafik NVIDIA yang ditawarkan oleh mereka akan dikendalikan oleh ibu syarikat jenama tersebut, iaitu Palit.

Ramai, termasuk kami menyangkakan bahawa ia juga bermakna bahawa GALAX akan menutup perniagaan pengeluaran komponen kad grafik mereka, kerana salah satu sebab yang diutarakan ialah pengendalian waranti dan RMA perlu dipindah ke Palit kerana mereka tidak mempunyai bekalan memori yang mencukupi, yang juga boleh dianggap sebagai mereka tidak lagi boleh membina kad-kad grafik baru.

image is not available

Walaupun begitu, GALAX mengesahkan bahawa ia tidak bermakna bahawa mereka akan meninggalkan dunia komponen komputer, hanya bahawa kebanyakan operasi pengurusan akan dikendalikan secara terus oleh Palit, yang merupakan ibu syarikat jenama-jenama seperti GALAX, KFA2 dan Hall of Fame.

Ini bermakna bahawa GALAX akan terus menghasilkan kad-kad grafik NVIDIA tanpa sebarang isu untuk masa terdekat dan juga akan datang tanpa sebarang isu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved