NVIDIA Memperkenalkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 12GB Untuk Komputer Riba

TechnologyDigital
29 Apr 2026 • 4:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa beberapa komputer riba gaming baru akan hadir dengan penawaran kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 dengan spesifikasi yang lebih unik dari yang biasa.

Ini adalah penawaran kad grafik tersebut dengan jumlah memori GDDR7 sebanyak 12GB berbanding dengan 8GB seperti biasa. Sebelum ini, memori 12GB hanya digunakan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti untuk komputer desktop dan komputer riba sahaja.

Menurut beberapa laporan, perkara ini nampaknya disahkan oleh NVDIA sendiri, yang mengatakan bahawa klien mereka telah meminta untuk kad grafik GeForce RTX 5070 komputer riba ditawarkan dengan memori yang sedikit lebih banyak, dan penambahan memori sebanyak 4GB tersebut dilihat adalah cara terbaik untuk memenuhi permintaan tersebut.

Image from: NVIDIA Memperkenalkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 12GB Untuk Komputer Riba

Demand for GeForce RTX GPUs remains strong, and memory supply is constrained. In order to maximize memory availability, we are releasing the GeForce RTX 5070 Laptop GPU 12GB configuration with 24Gb G7 memory. This gives our partners access to an additional pool of memory to complement the 16Gb G7 supply that currently ships with most GeForce GPUs. The 12GB configuration will exist alongside the current 8GB configuration, and allows our partners to bring a broader range of GeForce RTX 5070 laptops to consumers

NVIDIA juga mengesahkan bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti yang juga mempunyai 12GB memori GDDR7 tidak akan digantikan dan masih akan ditawarkan sebagai pilihan kad grafik komputer riba gaming yang lebih premium.

NVIDIA GeForce RTX 5070 dengan 12GB memori GDDR7 mengekalkan penggunaan cip grafik GB206 dengan 4608 teras CUDA, manakala GeForce RTX 5070 Ti menggunakan cip GB205 dengan 5888 teras CUDA. Cip memori yang digunakan juga mengekalkan lebar jalur 128bit berbanding dengan 192bit pada cip memori kad grafik GeForce RTX 5070 Ti.

Jangkaannya ialah komputer riba dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 12GB ini akan diperlihatkan sekitar acara Computex Taipei yang akan berlangsung pada awal bulan Jun tidak lama lagi.