
Seperti yang kami laporkan pertenghan September 2023 lalu, hari ini Samsung Malaysia mengumumkan fon putik bahari iaitu Samsung Galaxy Buds FE. Biasanya FE merujuk kepada model harga patut dan fon putik ini juga tidak terkecuali. Galaxy Buds FE akan mula dijual 10 Oktober 2023 ini pada harga RM399.

Sebagai perbandingan, model yang berada di atasnya ialah Galaxy Buds2 yang ditawarkan pada RM399 sementara Galaxy Buds Live ditawarkan pada harga RM699. Akhir sekali, Galaxy Buds 2 Pro boleh anda dapatkan pada harga RM899.

Setakat artikel ini ditulis, laman rasmi produk belum lagi diaktifkan pihak Samsung. Namun, berdasarkan pengumuman pengeluarnya, Galaxy Buds FE mampu hasilkan bunyi berkualiti tinggi dengan paras bass yang kuat. Ia juga ada penyaring hingar aktif (ANC) disamping ciri Ambient Sound untuk menambah baik pengalaman mendengar si pemakai.

Terdapat 3 unit mikrofon yang diperkasa Deep Neural Network (DNN) yang katanya boleh menjadikan suara lebih jelas sewaktu panggilan telefon. Daripada seig hayat bateri, satu bateri penuh memberikan sehingga 8.5 jam waktu guna dan berbekalkan tenaga yang terkandung dalam bekas penyimpan, sehingga 30 jam waktu guna boleh dijangkakan.
Berikut adalah pautan ke laman rasmi Galaxy Buds FE yang masih belum aktif.
