Serentak dengan Samsung Galaxy S23 FE, Samsung Galaxy Tab S9 FE, Tab S9 FE+ dan Buds FE turut dilancarkan sekali. Galaxy Tab S9 FE+ ialah tablet dengan skrin 12.4″ LCD FHD+ 90Hz, dijana cop Exynos 1380, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 10,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Kamera pula 8+8MP di belakang dan di hadapan pula sebesar 12MP.

Sementara itu Samsung Galaxy Tab S9 FE pula ialah tablet dengan skrin 10.9″ LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Exynos 1380, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 8,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Kamera pula 8MP di belakang dan di hadapan pula sebesar 12MP.

Kedua-duanya menyokong S Pen serta melepasi piawaian IP68 untuk kalis debu dan air. Terdapat penawaran versi 5G dan WiFi sahaja juga pada kedua-dua model serta aksesori kerangka merangkap papan kekunci. Sistem audio pula terdiri daripada dua speaker stereo dengan Dolby Atmos. Harga jualan untuk siri Samsung Galaxy Tab S9 FE bermula daripada $449 (~RM2121).

Sementara itu Samsung Galaxy Buds+ pula sepasang fon telinga jenis putik dengan sistem ANC. Ia hadir dengan pilihan kepak pada putik untuk memastikan ia boleh disematkan dengan ketat ke dalam telinga. Terdapat pad sesentuh pada sisi bagi kawalan audio.
Dengan sekali cas ia boleh beroperasi sehingga 6 jam dan meningkat ke 21 jam dengan bantuan pod pengecas. Ia meningkat ke 8.5 jam dan 30 jam sekiranya ANC tidak diaktifkan. Harga jualan Samsung Galaxy Buds FE ialah $99 (~RM468) dalam warna Graphite dan White.
