Galaxy Watch 7 & Watch Ultra: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Digital
10 Jul 2024 • 10:33 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tidak lama selepas memperkenal Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra di acara Galaxy Unpacked, Samsung Malaysia pantas mengumumkan harga rasmi jam pintar terbaharu ini. Ia turut diumumkan bersama promosi pembelian awal produk yang baru dilancarkan.

Harga Rasmi Galaxy Watch 7 & Galaxy Watch Ultra

Berikut adalah harga rasmi jam pintar terbaru Samsung Galaxy Watch di Malaysia:

Galaxy Watch 7 44mm (LTE) – RM1,599
Galaxy Watch 7 40mm (LTE) – RM1,499
Galaxy Watch 7 44mm (BT) – RM1,299
Galaxy Watch 7 44mm (BT) – RM1,199

Galaxy Watch Ultra 47mm (LTE) – RM3,399

Tarikh jualan masih belum dimaklumkan, tetapi Samsung telah membuka tempahan awal untuk semua model Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra. Ganjaran menarik disediakan untuk pembeli yang membuat tempahan awal, dari 10 Julai sehingga 30 Julai 2024.

Untuk semua model Galaxy Watch 7, pembeli dalam tempahan awal akan mendapat ganjaran bernilai sehingga RM378 iaitu tali jam terpilih dan Smart Tag 2. Rebat tambahan RM200 turut diberikan jika menukar tebus jam lama Galaxy Watch semasa tempahan awal.

Bagi Galaxy Watch Ultra pula, pembeli ditawarkan ganjaran bernilai sehingga RM806 iaitu tali jam terpilih, Smart Tag 2, pengecas 15W tanpa kabel dan powerbank wayarles. Rebat tambahan RM200 turut diberikan jika menukar tebus jam lama Galaxy Watch semasa tempahan awal.

Tempahan awal boleh dibuat atas talian di laman web Samsung Malaysia, serta di cawangan fizikal kedai Samsung.

Lebih ganjaran untuk Samsung Members

Samsung turut menyediakan diskaun tambahan untuk pengguna aplikasi Samsung Members. Menerusi “Samsung Members Loyalty Program”, pengguna boleh mendapatkan kod baucar yang dijana secara rawak di dalam aplikasi Samsung Members.

Kod baucar ini memberi diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy Watch 7, dan sehingga 40% diskaun (RM1,360) bagi Galaxy Watch Ultra. Ini adalah diskaun tambahan kepada ganjaran yang diberikan untuk pembelian dalam tempahan awal.

Dengan baucar ini, harga Galaxy Watch 7 menjadi serendah RM999 sehingga RM1,399. Manakala Galaxy Watch Ultra boleh dibeli dari RM2,039 sahaja.

Ketahui lebih lanjut tentang jam pintar Galaxy Watch 7 dan Galaxy Watch Ultra dalam artikel kami di sini.

Bacaan Berkaitan