Galaxy S24 Ultra diguna rakam iklan Manchester United x Qualcomm

2 Jul 2024 • 6:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kelab bola sepak Manchester United telah umumkan kit musim 24/25 mereka. Pengumuman terbesar ialah penaja utama utama baharu mereka iaitu Qualcomm terpampang di dada pemain. Lebih menarik, tahukah anda yang video promosi jersi ini dirakam menggunakan Samsung Galaxy S24 Ultra?

Di akhir video promosi, anda dapat lihat cerita disebalik tabir sewaktu pembikinannya. Jelas kelihatan beberapa unit Samsung Galaxy S24 Ultra dikepit menggunakan perumah Smallrig yang dipegang oleh operator kamera.

image is not available

Video promosi tersebut memaparkan legenda pasukan bola sepak tersebut, Eric Cantona, mendemonstrasikan beberapa fungsi menarik pada gajet elektronik yang diperkasa produk Qualcomm.

image is not available

Antaranya adalah ciri pengecaman objek berasaskan AI, teknologi Sanpdragon Sound, penyuntingan video menggunakan laptop berkuasa Snapdragon Elite X, dan ciri membuang objek daripada gambar, antaranya.

image is not available

Cerita tentang penajaan Qualcomm untuk Manchester United telah kami kongsikan dalam bulan September 2023 lalu apabila syarikat teknologi itu telah memeterai perjanjian penajaan sekurang-kurangnya untuk 3 musim bermula sesi 2024-25.

image is not available

Qualcomm telah menggantikan Teamviewer sebagai penaja utama yang telah bersama Manchester United sejak tahun 2021. Maklumat rasmi tetang berapakah nilai penajaan yang dipersetujui antara kedua pihak itu. Namun, pemerhati pasaran menganggarkan yang ia adalah sekitar GBP60 juta sedikit lebih tinggi berbanding GBP47 juta yang katanya dibayar TeamViewer tempoh hari.

Untuk makluman anda, Snapdragon adalah jenama produk cip peranti mudah alih milik Qualcomm, sebuah syarikat Amerika Syarikat yang berpengkalan di New York. Qualcomm baru sahaja memeterai perjanjian dengan Apple untuk membekal modem Snapdragon 5G buat iPhone model 2024, 2025, dan 2026.