Galeri PETRONAS Tamat Operasi Di KLCC, Bakal Berpindah Ke Lokasi Baharu

11 May 2026 • 10:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Galeri PETRONAS Tamat Operasi Di KLCC, Bakal Berpindah Ke Lokasi Baharu

Galeri PETRONAS Tamat Operasi Di KLCC, Bakal Berpindah Ke Lokasi Baharu

Galeri PETRONAS akan menamatkan operasinya di Tingkat 3, Suria KLCC selepas menjadi salah satu ruang seni utama di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran myzamrimohamad di Threads, orang ramai yang masih berminat untuk mengunjungi galeri tersebut masih berpeluang melihat pelbagai pameran seni yang sedang berlangsung, termasuk karya lukisan oleh Datuk M. Nasir serta beberapa artis terpilih lain.

Image from: Galeri PETRONAS Tamat Operasi Di KLCC, Bakal Berpindah Ke Lokasi Baharu

Selain menghargai karya visual, pengunjung juga dapat merasai perjalanan seni yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah Galeri PETRONAS sejak ia bermula di Dayabumi, sebelum berpindah ke KLCC.

Selepas penutupan ini, Galeri PETRONAS dijadualkan akan meneruskan operasinya di lokasi baharu yang dikenali sebagai Ombak, menandakan satu fasa baharu dalam perjalanan seni visual tempatan.

Image from: Galeri PETRONAS Tamat Operasi Di KLCC, Bakal Berpindah Ke Lokasi Baharu
Baca juga: