Gambar Beyoncé Dikaitkan Dengan PAS, Netizen Malaysia Buat Peminat Luar Bingung!

25 Sep 2023 • 2:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, warganet Malaysia telah membuatkan peminat Beyoncé kebingungan selepas meninggalkan komen mencuit hati di bawah gambar promosi konsert Jelajah Dunia Renaissance Beyoncé yang di aplikasi X.

Gambar yang dimuat naik oleh kelab peminat menunjukkan penyanyi Hollywood, Beyoncé memakai pakaian kulit ketat berwarna hijau sambil memegang sfera putih yang besar dan berlatar belakangkan dinding berwarna hijau.

Rata-rata netizen meninggalkan komen lucu berunsurkan politik yang kebanyakkannya berkaitan dengan parti politik iaitu PAS atas sebab gambar tersebut menyerupai bendera parti berkenaan.

Dalam perjalanan

image is not available

Pada hantaran asal gambar itu, netizen meninggalkan pelbagai ‘memes’ seperti koleksi gambar penyokong PAS atau gambar presiden parti tersebut, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Malah, tidak kurang terdapat juga segelintir netizen berseloroh menyatakan penyanyi berusia 42 tahun itu perlu didaftarkan sebagai ahli PAS.

Bagi dia borang keahlian PAS

image is not available

image is not available

Tidak terlepas juga gambar replika kereta kebal dan kapal perang yang digunakan oleh parti ini semasa kempen pilihan raya menjadi komen netizen selain meninggalkan komen dalam loghat Kelantan.

Penyokong Beyoncé lagi ramai dari Army

image is not available

Nak slay ke nak Isle (Islam)?

image is not available

Lagi melucukan apabila pemilik akaun kelab peminat Beyoncé bertanyakan apakah maksud komen ditinggalkan netizen Malaysia sekali gus ramai cuba untuk menerangkan di sebalik ‘troll’ berkenaan.

Ni merujuk kepada PAS…..

image is not available

Beyoncé dah Islam….

image is not available

Netizen terhibur dengan gambar promosi tersebut dan mengatakan bahawa PAS perlu meminta untuk berkolaborasi bersama Beyoncé dalam konsertnya.

Collab ‘pertahankan kepimpinan ulama’

image is not available

Untuk info, konsert Jelajah Dunia Renaissance ini merupakan persembahan berterusan Beyoncé yang bermula pada bulan Mei lalu melibatkan Eropah dan Amerika Utara dan dijayakan bagi menyokong album ketujuhnya, Renaissance.

Sumber; X @RenaissanceWT