Gambar Bocor Di Media Sosial: Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Masih Belum Dapat Maklum Balas Polis

26 Jul 2024 • 4:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak pembelaan ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin masih belum lagi menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung kebocoran dan maklumat didakwa berkaitan siasatan kes kematian kanak-kanak autistik itu yang dimuat naik dalam media sosial.

Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan Ismanira Abdul Manaf, 29, berkata maklumat yang tular menerusi akaun Telegram itu mengeluarkan perkara yang didakwa bahan bukti, sebelum laporan polis dibuat.

“Akaun media sosial itu mengeluarkan dua bahan bukti yang saya tidak boleh sahkan. Hingga kini, kami belum menerima apa-apa maklum balas daripada polis sama ada siasatan sudah dibuka atau dilanjutkan kepada Jabatan Peguam Negara… kami tiada maklumat.”

image is not available

“Kami tidak membuat sebarang laporan polis lagi berhubung kebocoran dikatakan gambar ‘post mortem’. Kami baru saja menerima gambar bedah siasat, hari ini, dan akan berbincang dengan anak guam serta keluarga mereka sama ada untuk membuat laporan polis kedua berkaitan gambar berkenaan, sebab kami nak tengok gambar itu betul atau tidak.”

13 Jun lalu, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

image is not available

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.