Gambar Jalur Gemilang terbalik di IPD Seremban ditularkan semula

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pihak polis mengesan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menularkan semula gambar lama bendera Malaysia dipasang terbalik di IPD Seremban di media sosial.

SEREMBAN - Pihak polis mengesan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menularkan semula gambar lama bendera Malaysia dipasang terbalik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, gambar tersebut dikesan tular di Facebook antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi pada Isnin.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati gambar tersebut merujuk kepada satu insiden yang berlaku pada tahun 2016 semasa sambutan Hari Polis ke-209.

“Gambar ini pernah ditularkan buat kali pertama pada tahun 2019 dan kini tular kembali untuk kali kedua.

“Tindakan ini dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan semula insiden tersebut kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif, disalah tafsir serta menggugat keharmonian masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved