Gambar Pesawat Tular: Ini Penjelasan TUDM

LocalPolitics
12 Nov 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tular video dan gambar sebuah pesawat yang dikatakan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Sebaliknya, TUDM menafikan pesawat itu adalah milik mereka.

TUDM berkata, semua pesawat dan aset di bawahnya diuruskan dengan baik, selamat dan sistematik.

"TUDM ingin menegaskan bahawa pesawat (tular) itu bukan milik TUDM.

image is not available

"Pihak TUDM juga ingin menjelaskan bahawa semua pesawat milik TUDM berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, TUDM meminta orang ramai agar menghentikan sebaran maklumat palsu dan tidak melanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar.