Tular Gambar Lesen Memandu, Ketua Polis Negara Sahkan Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Ukraine

Entertainment
5 Nov 2024 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular beberapa dokumen peribadi dipercayai milik tentera upahan Ukraine di medan peperangan Ukraine-Rusia.

Apa yang mengejutkan, salah satu dokumen tersebut milik rakyat Malaysia yang berasal dari Perlis, gambar dokumen berupa lesen memandu Malaysia itu tular di media sosial.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan individu berkenaan berkhidmat sebagai tentera upahan asing itu.

Menurut laporan Harian Metro, ia berdasarkan siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tular gambar warga tempatan terbabit di media sosial.

image is not available

Beliau turut berkata kondisi lelaki berusia 20 tahun itu dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan selamat. Menurutnya, siasatan mendapati lelaki terbabit berada di Ukraine sejak April lalu dan menjalani latihan ketenteraan.

“Lelaki itu menyertai perang di Ukraine kerana minat dalam ketenteraan dan menerima gaji antara AS400 (kira-kira RM1,700) hingga AS2,700 (kira-kira RM12,000) sebulan mengikut tahap bahaya di medan perang.

Selain itu, tekanan daripada keluarga turut dipercayai menyebabkan dia sanggup menjauhkan diri daripada keluarga ke negara berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, dokumen itu didakwa ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, ketika di medan perang, lelaki itu dikatakan tercedera di kaki akibat terkena serpihan dron daripada pasukan tentera lawan, bagaimanapun, dia berjaya melarikan diri namun dokumen peribadi termasuk MyKad dan lesen memandunya tercicir.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.