
Gambar profil ialah wakil diri anda di platform media sosial. Secara lazimnya ia imej statik dengan ia diambil lebih sedekad lalu semasa anda masih lagi kacak cantik dan diselaputi lapisan lemak setebal roti. Bagi yang ingin membuatkan gambar profil Facebook nampak lebih menarik, ia kini boleh diubah menjadi animasi menggunakan Meta AI.

Bermula hari ini, Facebook memberikan ciri animate profile picture. Tekan gambar profil dan ambil pilihan mengubah gambar menjadi animasi. Terdapat beberapa pilihan animasi yang telah ditetapkan seperti membuat logo hati dengan tangan dan memakai topi majlis keraian. Tiada ciri untuk memasukkan prom sendiri bagi menghasilkan animasi lebih unik.

Turut diperkenalkan hari ini ialah mengubah Reels dan Moments yang telah dimuat naik menggunakan ciri Restyle yang juga di bawah payung Meta AI. Gambar boleh diubah menjadi seakan gaya animasi Studio Ghibli dan beberapa lagi pratetapan tersedia diberikan. Semasa artikel ditulis ciri ini masih belum tiba di Malaysia tetapi Facebook mengatakan ia akan diberikan secara berperingkat bermula hari ini.

