
Penyanyi lagu popular Bae Sobar Bae, Eda Ezrin akhirnya pulang ke tanah air selepas sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand.
Menurut laporan mStar, Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan dilaporkan terus dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang sejurus tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Eda Ezrin enggan temui media, pulang bersama keluarga

Difahamkan Eda berada di balai lebih tiga jam sebelum keluar sekitar jam 11.35 malam. Dia turut enggan memberikan sebarang kenyataan atau bertemu pihak media yang menanti sejak awal.
Eda kemudiannya pulang bersama seorang rakan dan ahli keluarga masing-masing.
Suami masih belum keluar

Untuk rekod, Eda bersama suami dan empat lagi individu ditahan pada 1 November 2024 di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand. Mereka ditahan selepas polis menjumpai 6,000 biji pil kuda dalam serbuan.
Kesemua mereka direman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November. Namun, pada Rabu lalu, mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwa untuk sambung kes.
Suami Eda difahamkan masih perlu menyelesaikan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

