Gambar Winnie the Pooh Jadi Tanda Tanya, Netizen Syak V BTS & Jennie Blackpink Bercinta

25 Aug 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan ahli kumpulan K-pop popular BTS, iaitu V mencuri perhatian selepas berkongsi satu gambar karya seni watak Winnie the Pooh di Instagram Story miliknya.

Memetik laporan Koreaboo, lukisan itu diambil daripada petikan “If I were a King” dalam buku When We Were Young karya A.A. Milne.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan segera mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila ia dikaitkan dengan Jennie BLACKPINK.

image is not available

Spekulasi ini tercetus susulan insiden pada tahun 2022, apabila beberapa foto didakwa bocor memaparkan V dan Jennie memakai T-shirt bercetak Winnie the Pooh dengan gaya hampir sama.

Disebabkan itu, ramai percaya perkongsian terbaru V bukanlah sesuatu yang kebetulan.

image is not available

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, netizen turut menyedari emoji yang digunakan Jennie dalam kapsyen Instagram ketika mempromosikan konsert London DEADLINE show adalah emoji yang sama muncul dalam gambar dimuat naik V.

Walaupun emoji itu agak biasa digunakan di UK, peminat menegaskan terdapat banyak karya seni Winnie the Pooh lain yang boleh dipilih.



Namun, V memilih imej dengan emoji yang serupa.

        View this post on Instagram                      

A post shared by J (@jennierubyjane)

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved