GameStop Ingin Meneruskan Cita-Cita Untuk Mengambil-alih eBay

Business & Finance
29 Jun 2026 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GameStop Ingin Meneruskan Cita-Cita Untuk Mengambil-alih eBay

GameStop sebelum ini telah membuat tawaran terbuka untuk mengambil-alih eBay, namun penawaran tersebut ditolak oleh eBay. Ketika itu, GameStop menawarkan nilai sekitar $56 bilion untuk mengambil-alih eBay.

eBay

Kini, selang beberapa minggu sejak eBay menolak tawaran pengambil-alihan, GameStop sekali lagi hadir dan menyatakan hasrat untuk meneruskan hasrat untuk mengambil-alih eBay. Seperti sebelum ini, pihak GameStop menyatakan syarikat gabungan GameStop dan eBay dijangka akan memberikan persaingan yang lebih sengit kepada Amazon.

GameStop menyasarkan untuk berkongsi maklumat tambahan berkaitan dengan sasaran mereka dengan bergabung dengan eBay, termasuk langkah strategik dan pelan operasi untuk syarikat gabungan berkenaan seawal minggu ini.

Buat masa ini, ramai yang masih tertanya-tanya berkenaan dengan hasrat GameStop ini, memandangkan eBay merupakan syarikat yang bernilai hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding GameStop, dan cabaran yang akan dihadapi GameStop dalam mengumpulkan dana untuk pengambil-alihan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved