GameStop Tawar Untuk Membeli eBay Pada Nilai Sekitar $56 Bilion

Business & FinanceStartup
4 May 2026 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GameStop Tawar Untuk Membeli eBay Pada Nilai Sekitar $56 Bilion

GameStop kini menyatakan hasrat untuk mengambil-alih eBay pada nilai sekitar $56 bilion. GameStop merupakan syarikat memfokuskan jualan permainan video, dan barangan elektronik. Sebelum ini, GameStop sedia menempa nama dalam perbualan ramai disebabkan ramai pengguna Reddit yang melabur dan membeli saham GameStop, sekaligus meningkatkan nilai syarikat berkenaan.

Walaubagaimanapun, GameStop masih melalui cabaran, termasuk kejatuhan jualan yang membuatkan mereka terpaksa tutup ratusan kedai di Amerika Syarikat. Ini sekaligus membuatkan mereka melihat kepada pelbagai kaedah lain, dan terbaru mereka menyatakan hasrat untuk mengambil-alih eBay, dan membentuk sebuah gergasi baharu dalam bersaiz bersama Amazon dan perkhidmatan edagang lain.

Tawaran GameStop untuk mengambil-alih ini dilihat akan turut mempunyai cabarannya tersendiri. GameStop pada hari ini dinilaikan sekitar $12 bilion, sementara eBay pula dinilaikan sekitar $46 bilion.