Gamuda Berhad (Gamuda) semalam telah mengumumkan pengembangan kerjasamanya dengan Google Cloud untuk membolehkan keupayaan AI generatif bergred perusahaan diakses dan berguna kepada setiap pekerja syarikat bagi memperkasakan mereka untuk menyampaikan projek kejuruteraan, pembinaan dan infrastruktur awam dengan lebih cekap dan inovatif di rantau ini.

Menurut John Lim Ji Xiong, Ketua Pegawai Digital Kumpulan, Gamuda Berhad – penggunaan AI generatif oleh syarikat ialah satu lagi langkah perjalanan inovasi digital berterusan untuk mengubah industri kejuruteraan dan pembinaan yang masih lagi sangat tradisional. Melalui Hab Inovasi Gamuda, syarikat memulakan perjalanan baharu dengan pendekatan digital yang dipacu data untuk pembinaan sambil meningkatkan kemahiran dalam kecekapan Google Cloud.
Tambah beliau lagi Google Cloud merupakan pilihan pembekal perkhidmatan awanan Gamuda kerana mereka mempunyai kepakaran luas dalam pengurusan data berskala planet dan AI terkini. Ini memudahkan tenaga kerja Gemuda membina alat gen AI mereka sendiri untuk menangani cabaran kerja dengan cara yang peribadi dan selamat.
Gamuda juga menggunakan Vertex AI Search and Conversation untuk membina aplikasi carian dan perbualan generatif untuk pasukan pemantauan pasaran, reka bentuk dan teknikalnya. Pekerja-pekerja boleh menghasilkan beribu-ribu halaman dokumentasi penyelidikan ke dalam ringkasan yang jelas dalam beberapa minit dan data pertanyaan daripada ratusan projek yang lalu untuk mendapatkan pandangan untuk memaklumkan cadangan tender projek baharu. Pada waktu yang sama AI generatif mempercepatkan proses bergerak daripada tahap konsep ke impak lebih laju daripada dijangka.


