Gangguan air: Penerbangan diminta isi air sebelum ke Kota Kinabalu

12 May 2023 • 11:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mengalami gangguan bekalan air yang turut menjejaskan beberapa kawasan lain di Sabah. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Semua penerbangan diminta untuk mengisi air pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) susulan gangguan bekalan air di lapangan terbang itu.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan, KKIA mengalami gangguan bekalan air yang turut menjejaskan beberapa kawasan lain di Sabah.

Selain itu, MAHB turut meminta agar kedai makanan dan minuman di lapangan terbang menyediakan peralatan serta perkakas pakai buang.

"Kami juga akan menutup beberapa tandas buat sementara waktu, pada masa sama membeli air mineral secara pukal untuk diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang.

"Kami memohon maaf atas insiden yang tidak diingini ini dan akan terus memberikan maklumat terkini daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengenai situasi ini,” menurut kenyataan MAHB.

Maklumat terkini, JANS memaklumkan notis gangguan bekalan air di Kota Kinabalu adalah semalam pada 8 malam di kawasan Kepayan, kira-kira 5 kilometer (km) dari KKIA, susulan kerja pembaikan paip bocor.

"Loji Rawatan Air Moyoq terjejas manakala bekalan air di kawasan terjejas akan dipulihkan secara berperingkat,” menurut notis itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved